Tuesday, September 20, 2011

TERMA & SYARAT PENYERTAAN (TERBUKA)



TERBUKA KATEGORI TRADISIONAL (WAU BULAN)

1. Jenis Wau = Wau Bulan.

2. Ukuran Wau = 4 Kaki X 4 Kaki.

3. Setiap Pendaftaran Hanya Sah Diatas SATU WAU SAHAJA.

4. Yuran pendaftaran wau ialah sebanyak RM 10.00 SAHAJA.

5. Para peserta digalakkan untuk memakai kain sarung sebagai aksesori pakaian dan akan diberi markah bonus.

6. Satu kumpulan 2 orang ahli peserta sahaja.





TERBUKA KATEGORI TRADISIONAL (WAU DAUN)

1. Jenis Wau = Wau Daun

2. Ukuran Wau = bebas

3. Setiap Pendaftaran Hanya Sah Diatas SATU WAU SAHAJA.

4. Yuran pendaftaran wau ialah sebanyak RM 10.00 SAHAJA.

5. Para peserta digalakkan untuk memakai kain sarung sebagai aksesori pakaian dan akan diberi markah bonus.

6. Satu kumpulan 2 orang ahli peserta sahaja.





TERBUKA KATEGORI MODEN

1. Jenis layang – layang = Bebas.

2. Ukuran layang- layang = Bebas

3. Setiap layang – layang haruslah bertemakan KEMERDEKAAN.

4. Setiap pendaftaran hanya sah diatas satu layang- layang SAHAJA.

5. Yuran pendaftaran layang – layang ialah sebanyak RM 8.00 SAHAJA.

6. Satu kumpulan 2 orang ahli peserta sahaja.



PEMARKAHAN

1. Kecantikan di bumi - 20 markah

2. Ketahanan di udara - 20 markah

3. Tegak - 50 markah

4. Mengikut tema - 10 markah



* bahan untuk wau atau layang – layang tidak akan disediakan.

*bagi yang membeli wau atau layang – layang pada hari festival diwajibkan mengenakan aksesori bertemakan kemerdekaan.

*Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang – layang tersebut.

No comments:

Post a Comment